4. SUHU BUMI
Suhu permukaan bumi dipengaruhi oleh
intensitas cahaya matahari yang diterimanya. Harganya rata-rata 1021
kalori per tahun. Suhu muka bumi itu berlain-lain harganya dan tergantung pada
berbagai macam factor seperti bentuk muka bumi di suatu tempat (relief),
vegetasi musim, bentangan daratan dan lautan, dan sebagainya. Di bawah
permukaan bumi terdapat suatu zona yang memiliki suhu tetap setiap tahunnya.
Zona tersebut ditentukan oleh harga ekstrem suhu permukaan dan daya hantar
panas batuan, namun zona ini hanya sampai beberapa puluh meter di bawah
permukaan.
Di bawah zona tersebut suhu dalam
bumi meningkat berangsur-angsur kea rah kedalaman. Suhu tersebut berasal dari
pancaran dari dalam bumi itu sendiri. Mungkin berasal dari zat-zat radioaktif
atau mungkin pula berasal lain sebab. Gejala peningkatan suhu yang berangsur ke
pedalaman yang dinyatakan dalam derajat setiap turun 100 meter disebut gradient
geothermal. Harganya sekitar 30C setiap turun 100 meter, jika
dekat gunung api aktif atau padam dapat mencapai 10C setiap turun
4.5 meter.
Banyak pula factor yang mempengaruhi
gradient geothermal ini, seperti konduktifitas termal batuan, pengaruh air
permukaan dan bawah permukaan, kadar mineral zat radioaktif dalam batuan dan
sebagainya. Isogeoterma adalah garis yang menghubungkan titik-titik kedalaman
yang sama suhunya di bagian kerak bumi. Untuk hubungan daerah tersebut tak
jarang menunjukkan persesuaiannya dengan struktur geologinya.
Suhu bumi yang tertinggi terdapat di
bagian perut bumi atau pusat bumi. Awalnya suhunya diperkirakan 20000C
sampai 20.0000C, tetapi para ahli sekarang biasanya memperkirakan
suhunya sekitar 20000C sampai 40000C.
Peningkatan
suhu bumi dikaitkan dengan perubahan iklim global semakin mendapat perhatian
berbagai pihak berikutan banyak bencana besar di luar jangkaan melanda seluruh
dunia. Akibat fenomena ini hujan lebat akan turun pada jangka masa yang agak
lama. Hal ini akan menyebabkan banjir yang luar biasa melanda di
kawasan-kawasan tertentu. Banjir besar di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
baru-baru ini dikaitkan dengan fenomena ini.
Sebaliknya
pada masa-masa tertentu kemarau akan berlaku di setengah tempat. Kajian oleh PBB
mendapati kemarau telah meningkat sebanyak 30% sejak awal tahun 70-an.
Kesannya, bekalan air di seluruh negara pasti akan terjejas. Di Malaysia,
Jabatan Meteorologi telah memberi amaran kepada semua pihak agar bersedia
menerima keadaan ini.
Selain
itu, berlaku juga peningkatan aras laut yang agak luar biasa. Aras laut dunia
semakin meningkat pada purata satu hingga dua milimeter setahun sepanjang 100
tahun kebelakangan ini. Peningkatan aras laut mengancam kawasan rendah dan
pantai. Para saintis mendapati keadaan yang tidak menentu itu boleh dikaitkan
dengan penghasilan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana. Taufan
luar biasa yang berlaku di seluruh dunia kini merupakan akibat gejala ini.
Ribut pada hari ini semakin banyak berlaku dan semakin ganas. Misalnya angin
topan yang melanda Filipina, Indonesia dan Amerika Syarikat.
Kesan
suhu yang meningkat juga akan menyebabkan fenomena pencairan ais di kutub bumi.
Kajian saintis menunjukkan dalam tempoh 30 tahun lebih 259 hektar ais di
seluruh kutub telah hilang. Peningkatan suhu yang mendadak memudahkan wabak
penyakit berbahaya tersebar dengan meluas. Kita melihat penyakit yang dibawa
oleh nyamuk seperti demam denggi semakin meningkat di negara kita. Kesan
fenomena cuaca yang sebegini juga akan menjejaskan psikologi manusia. Jiwa dan
emosi manusia akan mudah tertekan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar